CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 4, 2010

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Assalamualaikum......

kepada semua warga Malaysia dijemput hadir ke Forum Perdana Ehwal Islam Anjuran Jabatan Agama Negeri Kedah

Tajuk : Anak Soleh
Masa : 9 malam
Tarikh : 20 Mei 2010
Tempat: Sek Men Agama Fauzi, Yan.

Wednesday, August 5, 2009

SAM DORANI DALAM KENANGAN

Bermula 4 Mei sehinggalah 10 Julai, adalah masa yg tidak dapat dilupakan dalam hidupku.. saya bersama 3 orang lagi kawan iaitu zuli, irwan n nizam ditempatkan di sekolah yang sama..
Saya ngajar kelas 4F, 2N dan 2DS. Memang agak susah mengajar ni.. Kadang2 xdapat respon dari student. Tambahan lg, plajar kelas belakang.. Apapun saya sentiasa mendoakan semoga mereka dapat memahami apa yang saya ajar dan mereka mereke sentiasa berakhlak dgn akhlak yg mulia. itu yg lbh utama.. Bagi saya, berapa byknya A itu tak penting.. tapi cukuplah pelajar berakhlak dan dapat mengaplikasikan ilmu yg dipelajari.itu yg mampu dan terbaik.oklah 2.Tapi kalau byk A dan berjaya dlm pelajaran itu adalah lebih baik la..

Apa yg saya harapkan, sgl ilmu yg sgt sedikit yg disampaikan dapat meresap ke dalam jiwa para pelajar..

Saturday, May 16, 2009

MAMPUKAH AKU???

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah senang rela bersama...
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tidak sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya,yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai penghulu Syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwanya
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Thursday, May 14, 2009

Persediaan mengajar al-quran

Sebelum mengajar Al-Quran, setiap orang guru haruslah maklum bahawa mengajar Al-Quran mempunyai maksud yang luas, bukan sekadar boleh membaca sahaja, malah banyak lagi perkara lain yang mesti diberi perhatian dan pertimbangan supaya pengajaran dan pembelajaran benar-benar bermakna bagi pelajar. Antaranya ialah:
1.
Guru harus sedar bahawa mengajar Al-Quran bukan sahaja bermaksud pelajar boleh menyebut huruf dan membaca Al-
Quran, tetapi memupuk perasaan cinta kepada Al-Quran serta menjadikan hati mereka jinak dengan Al-Quran.
2. Guru harus mampu memperdengarkan bacaan Al-Quran yang baik dan fasih sehingga boleh menimbulkan perasaan
khusyuk, tenang dan lega bila mendengarnya. Dengan demikian menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus
mendengar bacaan Al-Quran. Memang naluri manusia suka mendengar suara atau bunyi yang merdu, kerana bunyi yang
merdu itu boleh menambat hati dan memberi kesan kepada jiwa. Oleh kerana guru tidak mampu memperdengarkan suatu
yang merdu dari Al-Quran, maka menjadikan pengajarannya hambar dan tidak menarik. Ini menyebabkan pelajar tidak
berminat kepada Al-Quran, lantas mereka mencari bunyi-bunyian lain yang dianggap lebih merdu, walau pun kita tidak
menganggapnya merdu serta tidak pula harmoni, malah dalam banyak hal, berdosa pula.
3. Memastikan pelajar mendapat suatu yang baru daripada maksud Al-Quran yang dibaca. Ini menimbulkan minat untuk
selalu menghadiri kelas Al-Quran kerana ada sesuatu yang ia dapat.
4. Guru haruslah mengulang-ulangkan tentang kelebihan belajar Al-Quran. Kelebihan-kelebihan ini bukan sahaja untuk tujuan
kesejahteraan di akhirat, tetapi di dunia pun telah dapat dikecapi dan dinikmati.
5. Guru harus ingat bahawa Al-Quran ialah kalam Allah yang Qadim. Bacaannya ibadat, dan mesti dibaca dengan betul,
terang dan fasih mengikut bahasa Arab yang standard. Kesalahan membacanya dikira salah dan haram. Jadi guru harus
mencuba sedaya belajar Al-Quran dan boleh membacanya dengan baik, kemudian cuba sedaya yang mungkin untuk
mendidik pelajar supaya mereka dapat membacanya dengan baik dan tidak melakukan kesalahan bacaan pada masa
akan datang. Kesalahan yang tidak dibetulkan itu menyebabkan pelajar melakukan kesalahan yang serupa berpanjangan
hingga ke akhir hayatnya.
6. Guru mesti menunjukkan cara yang betul dan jelas untuk menyebut huruf-huruf Al-Quran (makharijil huruf dan sifatnya) dan
yang lain-lain yang berkaitan dengan hukum bacaan seperti dengung (ghunnah), panjang (mad), pendek dan sebagainya.
7. Tegaskan dari semasa ke semasa bahawa Al-Quran merupakan perlembagaan bagi orang Islam. Ia adalah kitab
Petunjuk, pembimbing dan pembeda antara yang baik dan buruk. Oleh itu pelajar harus diberi peringatan bila membaca
Al-Quran, bahawa kita sedang membaca peraturan Allah s.w.t.. Kita akan amalkan apa yang diperintahkan dalam ayat
berkenaan.
8. Al-Quran bukan sahaja memberi panduan dan petunjuk kepada semua manusia, tetapi secara terus mendidik akhlak orang
yang beriman. Jadi apabila berjumpa ayat-ayat berkenaan tegaskan kepada pelajar bahawa inilah ajaran Al-Quran.
9. Setiap peristiwa yang disebutkan dalam Al-Quran ada hubungan dengan kehidupan harian, jadi, guru harus mampu
menghubungkaitkan dengan kehidupan harian pelajar. Dengan demikian barulah pelajar faham bahawa Al-Quran bukan
untuk masa dahulu, tetapi ia sentiasa hidup dan menceritakan apa yang dilakukan oleh manusia sekarang.
10. Guru mestilah berakhlak dengan akhlak Al-Quran. Sekiranya akhlak guru bertentangan dengan Al-Quran, maka ini
menjadikan pendidikan Al-Quran tidak berkesan. Lebih malang lagi, menjatuhkan maruah guru atau rendah nilai peribadi
guru pada pandangan pelajar, dan ini menyebabkan pelajar tidak menghormati guru.

Saturday, April 25, 2009

SAYANGI IBUBAPA KITA

Assalamualaaikum..

Ingin saya menyeru di ruang ini kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian bahawa hendaklah kita sentiasa menyayangi ibubapa kita. Kita kena ingat tiada kita di dunia ini tanpa mereka. Jika kita perhatikan pada zaman sekarang anak2 lebih mengutamakan kerjaya dan keluarga (anak istri@ suami mereka) daripada ibubapa. Disebabkan dengan alasan tidak mahu menjaga ibubapa lalu anak2 ini menghantar ibubapa ke rumah orang2 tua. Sanggupkah kita perlakukan begitu pada ibubapa kita? Sanggupkah kita perlakukan begitu pada orang yang telah melahirkan, membesarkan, memelihara, menjaga, menyusukan dan menyekolahkan kita? Sedarlah kita bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Saya amat sensitif bila memikirkan tentang perasaan ibubapa.. adakah mereka pernah berkecil hati. Sebagai anak tak lari dari membuat kesalahan samada sedar ataupun tidak.. Keampuanan daripada ibubapa dipohon selalu. Bukan nanti hari raya saja baru nak mintak maaf. Disamping itu, kita perlulah menghubungi ibu bapa kita selalu.. Maklumlah sekarang dengan perkembangan teknologi. Jadi, kita gunakanlah kemudahan seperti telefon untuk menghubungi ibubapa kita. Dan bagi anak2 yang tinggal berdekatan ibubapa, selalulah menziarahi mereka.. Kita tidak faham perasaan orang tua kita. Tapi kita kena ingat bahawa suatu hari nanti kita juga akan menghadapi waktu tua. Kita perlu menghargai mereka. Pengorbanan mereka terlalu besar kepada kita.

Kepada para wanita, terutamanya diri saya sendiri. Bila sudah mendirikan rumah tangga, kita hendaklah menerima keluarga suami kita seadanya. Kita hendaklah menganggap ibubapa mertua kita macam ibubapa kita sendiri. Janganlah sesekali kita menyakiti hati mereka dan membuat hati mereka tersinggung dengan tindakan kita. Keadaan tersebut boleh menjadikan kita anak derhaka.Waliyazubillah. Kita hendaklah berlaku adil terhadap kedua belah keluarga dari segi layanan dan sebagainya.. Untuk menghadapi perkahwinan para wanita perlulah bersedia dengan ilmu dan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Hal tersebut kerana banyak cabaran yang akan kita hadapi.

Kepada para lelaki, hendaklah mengutamakan keluarga, ibubapa walaupun sudah berkahwin. Keutamaan lelaki adalah kepada keluarganya. Jadi, janganlah melakukan sesuatu yang menyentuh perasaan ibubapa. Janganlah kita mengulangi lagi kisah alQomah. masih ingat lagi? Besar tanggungjawab. Sebagai suami didiklah istri anda supaya lebih menghormati dan menyayangi keluarga suami seperti keluarga sendiri agar tidak wujud pendiskriminasian dalam keluarga sendiri.

Dalam sesebuah keluarga perlu ada rasa hormat menghormati, saling bertegur ada melakukan kesilapan. Saya menyeru agar kita lebih bersikap lebih terbuka dan menerima teguran dan nasihat walaupun dari orang yang lebih muda andainya teguran untuk kebaikan.

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."


Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

      • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
      • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
      • Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
      • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
      • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
      • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
      • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
        Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.


Sumber dipetik daripada:

http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/cinta.htm


Dalam kehidupan kita seharian, marilah kita sama2 mengamalkan selawat ke atas Nabi kita sebagai tanda kita mengingati, dan menyintai baginda.

Friday, March 20, 2009

ADAKAH KITA LUPA


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah