CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, April 25, 2009

SAYANGI IBUBAPA KITA

Assalamualaaikum..

Ingin saya menyeru di ruang ini kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian bahawa hendaklah kita sentiasa menyayangi ibubapa kita. Kita kena ingat tiada kita di dunia ini tanpa mereka. Jika kita perhatikan pada zaman sekarang anak2 lebih mengutamakan kerjaya dan keluarga (anak istri@ suami mereka) daripada ibubapa. Disebabkan dengan alasan tidak mahu menjaga ibubapa lalu anak2 ini menghantar ibubapa ke rumah orang2 tua. Sanggupkah kita perlakukan begitu pada ibubapa kita? Sanggupkah kita perlakukan begitu pada orang yang telah melahirkan, membesarkan, memelihara, menjaga, menyusukan dan menyekolahkan kita? Sedarlah kita bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Saya amat sensitif bila memikirkan tentang perasaan ibubapa.. adakah mereka pernah berkecil hati. Sebagai anak tak lari dari membuat kesalahan samada sedar ataupun tidak.. Keampuanan daripada ibubapa dipohon selalu. Bukan nanti hari raya saja baru nak mintak maaf. Disamping itu, kita perlulah menghubungi ibu bapa kita selalu.. Maklumlah sekarang dengan perkembangan teknologi. Jadi, kita gunakanlah kemudahan seperti telefon untuk menghubungi ibubapa kita. Dan bagi anak2 yang tinggal berdekatan ibubapa, selalulah menziarahi mereka.. Kita tidak faham perasaan orang tua kita. Tapi kita kena ingat bahawa suatu hari nanti kita juga akan menghadapi waktu tua. Kita perlu menghargai mereka. Pengorbanan mereka terlalu besar kepada kita.

Kepada para wanita, terutamanya diri saya sendiri. Bila sudah mendirikan rumah tangga, kita hendaklah menerima keluarga suami kita seadanya. Kita hendaklah menganggap ibubapa mertua kita macam ibubapa kita sendiri. Janganlah sesekali kita menyakiti hati mereka dan membuat hati mereka tersinggung dengan tindakan kita. Keadaan tersebut boleh menjadikan kita anak derhaka.Waliyazubillah. Kita hendaklah berlaku adil terhadap kedua belah keluarga dari segi layanan dan sebagainya.. Untuk menghadapi perkahwinan para wanita perlulah bersedia dengan ilmu dan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Hal tersebut kerana banyak cabaran yang akan kita hadapi.

Kepada para lelaki, hendaklah mengutamakan keluarga, ibubapa walaupun sudah berkahwin. Keutamaan lelaki adalah kepada keluarganya. Jadi, janganlah melakukan sesuatu yang menyentuh perasaan ibubapa. Janganlah kita mengulangi lagi kisah alQomah. masih ingat lagi? Besar tanggungjawab. Sebagai suami didiklah istri anda supaya lebih menghormati dan menyayangi keluarga suami seperti keluarga sendiri agar tidak wujud pendiskriminasian dalam keluarga sendiri.

Dalam sesebuah keluarga perlu ada rasa hormat menghormati, saling bertegur ada melakukan kesilapan. Saya menyeru agar kita lebih bersikap lebih terbuka dan menerima teguran dan nasihat walaupun dari orang yang lebih muda andainya teguran untuk kebaikan.

0 comments: